20 January 2012

:: KULAT MEKAH @ CENDAWAN MEKAH ::

Hari ini aku nak kongsi dengan korang pasal kulat Mekah ni...pernah dengar tak?dan pernah tau tak?Aku pun baru je tau..dalam pertengahan tahun lepas bile incek tunang asyik suruh aku minum air kulat Mekah ni.die kate letak air teh je...bagus untuk kesihatan...aku ni macam nak tak nak je percaye kata-kata si mamat ni..hihihi...Die pun bagi la sebalang air kulat @ cendawan Mekah ni kat aku..

Ni la rupe kulat Mekah @ cendawan Mekah ni..ops..ni yang aku dah potong untuk kawan pejabat aku.kalau dalam balang yang aku simpan tu, rupe kulat @ cendawan Mekah ni mengikut size balang tu...yang aku bagi kat kawan pejabat aku sebab..dorang pun nak jugak bagi kat parents dorang..sebab......

Kulat Mekah @ cendawan Mekah ni banyak kebaikan untuk kesihatan..contohnye boleh turunkan kadar kolesterol, boleh stabilkan darah tinggi dan kencing manis, legekan batuk, asma..dan macam-macam lagi lah...

Tapi aku dapat tau air kulat @ cendawan Mekah ni jugak mampu mengelakkan diri dari terkena kanser..

Hari tu aku ada tinggal untuk mak aku jugak kat kampung..sebab mak aku ni ada darah tinggi pastu selalu batuk dan sesak nafas...die cakap batuk die dah beransur baik..tang darah tinggi tu aku tak tanye pulak..tapi sekarang ni bile tepon mak, suare die tak la macam tengah sesak atau mengah sangat macam dulu..

Yang menjadikan aku kagum dengan kejadian Allah pasal kulat Mekah @ cendawan Mekah ini adalah dia boleh hidup dalam balang dan air teh manis..sebab cara nak jaga kulat @ cendawan Mekah ni adalah dengan letak air teh kat dalam balang tu..then, minum je air tu..tapi takde rase air teh...ajaib kan?bile minum aku rase macam air jeruk kelubi..hihi..ade yang kate macam cuke epal..aku tak penah minum cuke epal..so tak tau rase macamane...tapi air ni rase masam-masam gitu lah...

Aku amalkan minum air kulat @ cendawan Mekah ni tiap-tiap hari dengan kalimah Bismillah dan selawat tige kali...

Ini perkongsian untuk korang semua hari ini..ada yang nak jugak?meh bagitau kat aku..hehe..

aku ade tengok jugak kat blog mereka yang ada cite pasal topic ni..jom tengok SINI..

14 jejak di sini:

Cikpuan rara said...

bagus nya ciptaan Allah.

Munnafendy said...

dulu masa kecik2 mak n ayah ada la minum..tp xkasi anak2 minum katanya budak2 lg...pasal khasiat dia mmg tak tahu la tp so far ayah n mak aku skrg sihat xde penyakit2 pakej tu

nur anis said...

saya baru tahu tentang kulat mekah ni...tak pernah dengar sebelum ni..huhu..

Mrs Lurve said...

pertama kali dgr kulat mekah. xnah tau pun kewujudan kulat tue

fizafantagirO said...

Br tahu dan baru dengar pasal kulat mekah ni .. bagus la info ni CM .. =)

Tihara said...

mcm2 ye ade kat sana..Insya Allah satu hari nt akan melangkah ke sana.. :)

Ibu Lala said...

mana nak dapat ek?? untuk serangan jantung boleh tak??

Ibu Lala said...

kulat ni memang datang dari mekah ke?? ada orang panggil mud mud kan. kalau tak jaga dia apa akan jadi?? cane nak tau dia hidup ke tak??

sham_nizam said...

Salam, bole ke klu sy nak dapatkan sedikit.. Mak saya ada darah tinggi & kencing manis.. pls reply.sham_2088@yahoo.com..TQ

Lisa Sheila said...

Salam... Nk tnya kat mna nk beli kulat ni ye... Reply sy lisasheila85@yahoo.com

TQ. :)

Teratai Bunga Indah said...

Salam. Boleh bagi tau camne nak beli cendawan mekah tu?... Plz reply to:

rosewahab@gmail.com

Terima kasih.

RatuArif said...

Hari selasa lepas (mauludul Raul) kawan beri sebalang. Kata nya Ada sekeping. Tapi balik rumah saya pecah kan jadi empat keping, masuk dalam 4 balang. Dia kata 3 bulan baru menjadi. Tapi tadi (baru 3 hari) saya tengok ia dah membiak. Ada anak2 sebesar duit 5 puloh sen. Tapi rasa air nya belum masam rasa cuka lg. nak biak dia kena masuk dalam Bekas Dan tutup dengan kain supaya ia boleh bernafas. Kalau tidak ia mati Dan tidak membiak. Saya campur sedikit air Zam Zam ke dalam balang.

Kawan saya beli sekeping dengan harga RM100.00
Dia banyak sedekah kan untuk Amal jariah. Kalau saya punya menjadi saya pun nak sedekah juga.

Masa saya google untuk cari khasiat cendawan Mekah ni terjumpa satu blog yang Ada mental produk nii bawah produk2 Perubatan dari Padang pasir., tapi dia jual dengan harga yang agak mahal.

RatuArif said...

Saya datang ke blog ini bila mencari maklumat tentang khasiat cendawan Mekah.
Terima kasih kerana berkongsi info.

Rosniena said...

teringin mencuba, kat mana nak beli

get this widget here
 

Copyright © 2013 Reserved to cik may
Design by kinaf