12 March 2012

:: PENYAKIT SLE PUNCA KEMATIAN DIA ::

Masih ingat dengan entry pemergian member aku ke rahmatullah hari tu?Ada yang tanya sakit ape?Dah kawen ke belum?
Arwah dah kawen pun..tapi belum dikurniakan cahaya mata..lebih kurang 2 tahun dah kot die kawen...

Arwah ni sakit SLE seperti yang dimaklumkan adiknye...aku pun tak tau SLE tu penyakit apa...hari ni baru teringat nak google pasal penyakit tu...jom share sama-sama..

Apakah SLE?
Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui.

Sejarah
Lupus ialah perkataan Latin bagi serigala. Erythematosus bererti ruam merah. Pada tahun 1851, Dr. Cazenave telah menjumpai ruam merah di muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala. Beliau telah menamakan ruam berkenaan Discord Lupus Erythematosus (DLE).

Pada tahun 1885, Sir William Osler telah mengenalpasti bahawa ramai orang yang mengidap lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem lain. Beliau telah menamakan penyakit tersebut Systemic Lupus Erythematosus (SLE).

Jenis-jenis Lupus
Discoid Lupus Erythematous (DLE)
* Hanya melibatkan kulit
* Jarang merebak ke organ lain
Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
* Boleh merebak ke organ lain
* Boleh mengakibatkan kematian

Statistik
Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan kanak-kanak.
Lebih kurang 90% wanita yang mengidap SLE berada di dalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.
Ratio pengidap SLE:
Di Barat, di kalangan Afro-Caribbeans – 1 dalam 250 –500 orang
Di Amerika Syarikat – 1 dalam 2,000 orang
Di negara China – 1 dalam 1,000 orang

Di Malaysia dianggarkan lebih daripada 10,000 orang telah disahkan mengidap SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Namun demikian, PSLEM percaya ada ramai lagi mereka yang mengidap SLE yang belum disahkan.

Apa itu SLE?
Ia adalah sejenis penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem ketahanan tubuh atau rangkaian sel dan organ yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing.Sistem ketahanan tubuh akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan organisma yang memasuki tubuh dan antibodi ini bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan organisma itu.Bagi pesakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang sel-sel tubuh sendiri. Mana-mana organ di dalam tubuh pesakit boleh mendapat serangan, dengan menunjukkan gejala yang berbeza-beza.

SLE – Elak Stres, Fikir Positif

Pesakit SLE tidak perlu terlalu gusar kerana penyakit ini boleh dirawat dan sebagai memperbetulkan salah tanggapan – SLE bukan sejenis penyakit berjangkit.Berita baiknya juga, pesakit wanita yang berkahwin juga boleh hamil dan mendapatkan zuriat sendiri, tentunya di bawah pengawasan doktor.Lupus mengambil sempena nama `serigala’ dalam bahasa latin kerana ciri-ciri persamaan menyerang di antara kedua-duanya.
Ia boleh menyerang tanpa pengetahuan pesakit kerana taktik penyamaran liciknya membuatkan penyakit ini sukar didiagnos semasa rawatan kali pertama.Dalam sesetengah kes, ia boleh mengambil masa yang lama sebelum disahkan oleh doktor.

Pakar Perubatan Unit Reumatologi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Mohd. Shahrir Mohammed Said berkata, SLE merupakan satu penyakit pelbagai organ yang kronik dan kadangkala membahayakan nyawa!Setiap pesakit SLE adalah unik dan oleh itu mempunyai pelbagai manifestasi dan prognosis yang berbeza. Prevalens SLE mencatatkan nisbah antara 40 hingga 50 kes bagi 100,000 penduduk.Terdapat lebih ramai pesakit wanita berbanding lelaki dengan nisbahnya 10:1, terutamanya di kalangan wanita yang berada pada tahap subur, berusia 20 hingga 40 tahun.

Punca-punca
Punca sebenar penyakit ini belum dapat dipastikan tetapi kemungkinan besar mempunyai kaitan rapat dengan gabungan pelbagai faktor seperti genetik, hormon, sistem imun badan dan persekitaran seperti virus Ebstein Barr.Dalam kebanyakan pesakit SLE, terdapat gen-gen tertentu yang lebih banyak frekuensinya berbanding dengan mereka yang sihat.

Kebarangkalian mewarisi gen-gen itu adalah tinggi bagi keturunan pesakit tersebut biarpun bukan seratus peratus.Unsur ultraungu di dalam sinaran matahari merangsang sel-sel keratin di dalam kulit untuk mewujudkan protein-protein asing di permukaan sel.Kesemua faktor di atas akan berhubung kait antara satu sama lain dan mewujudkan antibodi terhadap tisu-tisu badan dan penghasilan kompleks imun.Kompleks-kompleks inilah yang bertanggungjawab terhadap kerosakan yang berlaku di dalam badan pesakit SLE.

Gejala-Gejala SLE
- Sakit sendi atau bengkak sendi/artritis
- Rasa lesu 50 peratus.
- Demam yang tidak tentu
- Pecah-pecah mulut
- Masalah kulit
- Buah Pinggang
- Sistem Saraf
- Gugur rambut
- Tompok-tompok merah atau ruam merah berbentuk kupu-kupu pada bahagian muka
- Kiraan darah putih yang rendah
- kiraan platelet rendah
- Sawan
- gangguan urat saraf.

Perhatian
Kebanyakan pesakit SLE sudah pun mempunyai gejala-gejala seperti di atas semasa berjumpa doktor.Gejala-gejala ini boleh timbul secara sendirian lantas menyukarkan diagnosis ataupun secara serentak.Ia juga boleh timbul pada masa-masa berlainan yang boleh menyebabkan tertundanya diagnosis SLE.

Diagnosis
Selain beberapa ujian darah yang diperlukan, ujian air kencing juga diperlukan bagi mengesan protein dan sel darah merah termasuk yang abnormal di dalam air kencing, di samping mengukur kandungan protein di dalam air kencing yang berkaitan dengan tahap kreatinin.

Penglibatan organ-organ dalaman seperti buah pinggang, perlu dikesan lebih awal kerana kerosakan organ tersebut berlaku secara halus sebelum siasatan darah menjadi abnormal.

Rawatan
- Menentukan keaktifan penyakit SLE dan penglibatan organ-organ.
Keaktifan penyakit merujuk kepada keradangan organ-organ yang terlibat dan darjah kerosakan organ merujuk pula kepada indeks kerosakan sesuatu organ itu.

Keaktifan penyakit, diukur melalui sejarah klinikal, pemeriksaan pesakit secara teliti, ujian spesifik organ-organ dan serologi.
- Pengubahsuaian gaya hidup.
Diet yang sesuai bergantung kepada ciri-ciri SLE yang dialami pesakit. Mereka yang mempunyai SLE aktif memerlukan kalori yang bertambah.Rawatan steroid menambahkan selera makan pesakit SLE. Justeru, kebanyakan pesakit mempunyai berat badan yang berlebihan.Sementara itu peningkatan paras lemak berlaku di dalam pesakit yang mempunyai hefrotik atau yang diberi rawatan steroid.Oleh itu, mereka perlu mengawal pemakanan melalui pengambilan diet rendah lemak.Rawatan menggunakan ubat statin boleh diberikan jika paras kolesterol masih tinggi selepas pengawalan diet.Pesakit SLE tidak perlu mengambil vitamin kecuali jika mereka kurang selera makan.Kebanyakan pesakit SLE juga mempunyai paras vitamin D aktif rendah manakala pesakit yang menerima steroid perlu diberikan kalsium, vitamin D dan bisfosfonats untuk meminimumkan kehilangan tulang.

- Senaman; kekurangan aktiviti badan semasa berlakunya peringkat aktif menyebabkan kehilangan otot-otot badan dan pengurangan stamina.

Oleh itu seseorang pesakit digalakkan menjalani senaman secara berperingkat-peringkat.
- Merokok boleh meningkatkan risiko SLE. Perokok juga mempunyai keaktifan SLE yang tinggi.
- Elakkan tekanan kerana ia boleh menyebabkan SLE menjadi aktif. Perlu berfikiran positif sentiasa.
- Perlindungan kulit, seperti menggunakan perlindungan matahari SPF sekurang-kurangnya 45. Pesakit digalakkan memakai payung, topi atau baju lengan panjang.

Peluang kehamilan
Sehingga kini, belum ada bukti-bukti yang menunjukkan SLE menyebabkan masalah ketidaksuburan di kalangan penghidapnyaSebelum tahun 1990, pesakit SLE dinasihatkan supaya tidak hamil. Ini kerana risiko keguguran adalah tinggi selain mendatangkan masalah kepada ibu dan janin.Bagaimanapun perkembangan pantas dalam dunia perubatan hari ini telah memberi berita baik bagi wanita, iaitu kehamilan tidak membahayakan mereka.Ini kerana kemungkinan SLE menjadi aktif adalah rendah disebabkan penyakit itu sudah boleh dikawal.Paling penting, andai pesakit SLE ingin mengandung, mereka perlulah mendapatkan kaunseling dengan pakar reumatologi dan juga pakar sakit puan dan perbidanan.Pesakit akan mengalami masalah sekiranya penyakit itu aktif semasa mengandung serta penyakit buah pinggang yang aktif.Apa yang penting di sini adalah pesakit mengandung jangan berlengah berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan susulan yang kerap bagi mengesan SLE daripada menjadi aktif.(sumber : Google)

24 jejak di sini:

msredcheesecake said...

Al fatihah untuk arwah.... SLE ni rare ke?

ciksusu said...

Al-Fatihah..
dulu SLE faymes mse kte skolah menengah xslap..
ade kuar mastika, Tv3..pastu skang dh kurang pendedahan..
tanda-tanda len boleh tgok kat kulit..
pesakit ade kuar tompok2 merah kat kulit mcm butterfly..

Munnafendy said...

sape ni? alahai g baca entru tu jap

Saya Disini said...

alfatihah..bahaya penyakit ni

[PCL] said...

SLE, wanita saja kan?..

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

Al fatihah...

cweet pinky said...

byknyerr kt m'sia , ramai g tataw pasal sle nih , taw pasal nih pown lps aktif berblogging dlm thn nih jgk , tuh pown sb adew follower adew pnyakit nih ~~~

Farahin Ahmad said...

Innalillah..

*Arr said...

takziah~ terima kasih atas pendedahan tntg penyakit SLE. skurang-kurangnya sindrom dpt dkesan awl dan rawatan susulan boleh dlaksanakan.

Zie said...

Semoga Allah rahmati Roh nya...

Arwah kakak saya pun sakit SLE.. sakit dalam 3 bulan ja...

Zul Azri Muhaiyadin said...

ikhtiar dgn produk sne....ada yg bebas dr SLE lepas guna produk ni

www.produksne.com.my

Siti Aminah Abd Halim said...

al fatihah....
bagi yang mencari produk kesihatan

http://damiaamna.blogspot.com

Siti Aminah Abd Halim said...

Cuba ikhtiar dengan produk kesihatan ni
http://damiaamna.blogspot.com

Tyra Man's said...

Hai may, act saya pun ada penyakit niiii. serious takut tak boleh preggy. Hari2 saya pk, and kadang2 nangis. takut sangat2 :'(

Lina md. munir said...

Jika tak silap mengambilan Glutathione juga dapat membantu merawat penyakit SLE ni. Cuba google. Saya pernah terbaca tentang khasiat glutathione ni. Disamping tu saya setuju dengan Zul Azri Muhaidin cuba ikhtiar dengan produk SNE insyaallah mungkin berkurang.

Sirajideen Sabee Mohamed said...

Tyra Man, jgn risau..Allah akan bantu awak..sy bukan doktor tp skg ni sedang merawat seorang pesakit SLE Positive yg menghidap selama lebih 7 tahun. Alhamdulillah selepas 19 hari rawatan 100% herba menggunakan teknologi Nano, sekarang dah nampak kesan perubahan. Baru semalam ambik gambar dia. Sms saya 0194762661.

shera haifa said...

nice share.. tq.. dapat tahu serba sedikit tentang SLE nie.. adik kawan kene penyakit nie..Baru dapat tahu hari nie..

Syarifah Hana Al-Jamalullail said...

Salam semua, saya pun salah seorang pesakit SLE dimana saya menghadapi masalah platlet rendah. Alhamdulillah saya masih bertahan. Kepada pesakit SLE sekalian jangan risau mati kerana SLE. Ini cuma penyebab sahaja. Kalau nak mati bila2 pun boleh kalau itu yang telah tertulis di luh mahfuz. Kdg kala org yang sihat pun boleh meninggal sekelip mata. Macam arwah Din beramboi seminggu je kat wad meninggal pada hal saya ni dah bertahun-tahun sakit tapi Allah masih beri kesempatan. Syukur Alhamdulillah. Bagus nye ada SLE kita setiasa bersedia... Allahuaklam

KakNgah said...

Salam.. just nak kongsi... sharing is caring kan.. Sahabat sesama shaklee saya adalah pesakit SLE, apabila dia consume Vivix, alhamdulillah penyakit dia dapat dikawal.. sebenarnya, SLE ni takder ubat, cuma mampu dikawal jer.. Jika anda2 ada sahabat atau anda sendiri seorg SLE, tak salah klu nak mencuba suplemen kesihatan, tak salah juga kita cuba untuk sihat kan.. bleh contact saya jika berminat untuk dapatkan suplement kesihatan untuk SLE.. :)

Nurul Maq said...

Salam..sy disahkan ada sle...btl ke dktr sarankan tukar drh

syue wana said...

Ada penghidap SLE yang sudah beransur sembuh. Testimoni sebenar ye. saya cuma harap dapat bantu sesiapa yang punya sakit sama

http://www.freevitamin.my/2013/09/testimoni-vivix-untuk-pesakit-sle.html

puteri airyn said...

Nice sharing..bagus informasi tentang SLE ni..

Irda Ismail said...

sahabat saya juga meninggal kerana penyakit SLE ini..tahun lepas :-( al-fatihah

Nurshuhada Amran said...

Sy seorang pesakit sle. Sya dpt tahu sy mhidap penyakit sle slepas sy dserang stroke (lumpuh sparuh bdn ) 7 thun yg lepas. Alhamdulillah, Allah masih mahu pnjgkn umur sya. Smasa dserang stroke, sy sedang mngandung 5bulan dn sy tk tahu sy adalah pesakit sle. Sblm kene stroke, sy sudah 2kali kguguran. Stlh sy slamat mlahirkn, sy kguguran lg sbnyk 2kali dlm masa 2tahun. Stelah mndpat rawatan dn kandungan djaga rapi oleh pihak dctr, sy slamat mlahirkn anak k 2. Sehingga skrg, hdup sy dkelilingi 4org anak yg comel walaupun sy stroke akibat sle. Skrg sy mngandung anak k-5, dn telah mngandung sbnyk 9x dn gugur 4x. Sy tidak mngidap drah tngi, kencing manis. Walau apepun pnyakit kita, redha,sbar dgn ujianNya dn truskn hdup dgn gmbira.

get this widget here
 

Copyright © 2013 Reserved to cik may
Design by kinaf